Kehidupan Global. Inggeris yang Jelas

Click here for English Spotlight website

 

Spotlight (¡®Spotlait¡¯, lampu sorot) bukan sahaja rancangan radio Inggeris, tetapi ia adalah satu rancangan radio Inggeris yang istimewa.

Rancangan radio ini menggunakan kaedah penyiaran Inggeris yang khas. Walaupun bahasa Inggeris bukannya bahasa pertama anda, tetapi anda juga boleh memahaminya dengan mudah.

Spotlait lebih lambat sedikit berbanding dengan radio Inggeris biasa dan tidak menggunakan perkataan yang susah. Oleh itu, anda boleh memahami bahasa Inggeris yang digunakan dalam rancangan radio tersebut dengan mudah.

>Spotlait sangat sesuai bagi pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris dan juga para peniaga untuk mempertingkatkan bahasa Inggeris mereka.

Sebenarnya Spotlait bukanlah satu pelajaran bahasa Inggeris. Anda harus mendengar rancangan Spotlait sementara mengambil pelajaran-pelajaran bahasa Inggeris yang lain.

Anda akan mendapat manfaat dalam kehidupan dengan mempelajari bahasa Inggeris. Rancangan ini akan membantu anda belajar mendengar dan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Guru bahasa Inggeris akan mendapati Spotlait dapat membantu pelajar-pelajar mereka. Anda boleh memuat-turun rancangan dalam bentuk MP3 dan membaca skrip dalam laman web.

Perkataan ¡®Spotlight¡¯ disebut sebagai ¡®spotlait¡¯. Ia bermaksud lampu sorot. Bayangkan satu lampu sorot yang menyuluh ke atas sesuatu yang menarik dalam panggung wayang ataupun pertunjukkan. Justeru itu, rancangan radio ini adalah seumpama lampu sorot. Topik-topik dalam rancangan adalah topik yang menarik. Ia bukanlah pelajaran bahasa Inggeris yang membosankan tetapi ia berkait rapat dengan kehidupan harian kita. Kami harap anda akan menyukai ¡®Spotlight¡¯!

Anda juga boleh menghantar surat elektronik kepada penerbit Spotlait. Mereka akan sentiasa sukacita untuk mendengar daripada para pendengar dan pelawat. Tetapi anda perlu menulis dalam bahasa Inggeris! Jangan risau, walaupun Inggeris anda tidak sempurna. Mereka akan faham.

Kandungan lain dalam laman web ini adalah dalam bahasa Inggeris. Anda boleh pergi ke laman utama di sini, ataupun berkunjung terus ke rancangan radio di sini. ¡¡

Click here for English Spotlight website

¡¡